Pandemik Yang Menginsafkan
Mohammad Hafiz Bin Mohd Zaki | 21 Julai 2021
Mohammad Hafiz Bin Mohd Zaki | 21 Julai 2021
Pandemik Covid 19 membuka mata hati saya untuk menempuh norma hidup baru, dahulunya kelas bersemuka kini semua nya di atas talian. Pastinya kehidupan di kampus berbeza dengan kehidupan di rumah. Jika di kampus, saya akan memulakan pagi dengan pergi ke kelas secara bersemuka, pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran dan selebihnya menjalani kehidupan di asrama manakala di hujung minggu pula menelefon ibu bapa di rumah. Kehidupan pembelajaran di rumah merubah 100% landskap pembelajaran di mana sepenuhnya dilakukan secara orentasi atas talian baik dari segi kelas malah peperiksaan akhir semester, ujian, kuiz, pembentangan dan perbicaraan mahkamah bagi tujuaan penilaian akademik juga dilakukan secara atas talian. Sememangnya saya menghadapi kekangan dengan norma baharu ini baik dari segi masa, kewangan, motivasi dan juga komitmen. Keadaan ini juga telah menyebabkan pihak universiti terpaksa mengambil langkah proaktif untuk menjaga kualiti pembelajaran dan penilaian baik dari segi pemberian bantuan mahupun pemantauan yang agak ketat untuk mengelakkan pelajar meniru semasa menjawab peperiksaan sungguhpun berorientasikan “open book test”. Dari segi pengalaman, saya pernah mengalami komputer riba saya menghadapi masalah teknikal “hanging” dan masalah internet sepanjang peperiksaan akhir semester, namun kebanyakkan pensyarah saya memahami masalah saya yang merupakan pelajar B40 dengan memberikan tambahan masa menjawab. Pihak universiti juga cakna akan golongan pelajar B40 dan para pensyarah memberikan sokongan moral. Tidak dilupakan, rakan-rakan juga kekal terhubung dan saling melengkapi satu sama lain dalam melaksanakan tugasan akademik.
Tahun 2020 memberi makna besar bagi saya di mana pada mulanya ibu saya dimasukkan ke ICU kerana denggi dan setelah itu ayah pula diberhentikan kerja sebagai juruteknik di sebuahhotel di Johor Bahru sejak bulan Jun tahun lalu impak covid 19. Semenjak ayah diberhentikan kerja, saya perlu membahagikan masa antara belajar dan membantu ibu abah. Setiap pagi saya akan bangun awal untuk menyiapkan tempahan masakan dari cikgu-cikgu sekolah rendah yang merupakan kenalan saya semasa saya kerja sebagai cikgu sandaran sepanjang cuti semester. Kemudian, sebelum memulakan kelas “online” saya akan menghantar tempahan ke sekolah manakala di sebelah malam saya akan mengumpulkan tempahan masakan dahulu untuk ibu dan membuat persiapan bahan masak sebelum fokus untuk “assignment” dan mengulangkaji. Hujung minggu saya dihabiskan dengan mencari barang niaga untuk tempahan masakan. Saya juga perlu meluangkan masa untuk mengajar adik-adik yang turut belajar secara online dan berkongsi gajet dengan mereka. Pada masa sama, masa saya juga lebih tertumpu untuk memohon ayah sehingga kini kerana agar sukar untuk mendapatkan tempat dan gaji yang munasabah tatkala pandemik ini melanda. Namun begitu, pandemik ini tidak buruk saja berlaku, antara hikmahnya ialah kita diajar untuk lebih menghargai orang tersayang yang berada di sekeliling kita disamping mengajar untuk bersyukur, cekal berusaha dan bersabar di bawah rahmat tuhan.
Alhamdulillah dengan dianugerahkan sebagai penerima Biasiswa Cagamas 2018 segala cabaran semasa covid masih dapat saya tempuhi sehingga kini. Dengan keadaan ayah hilang punca pendapatan manakala ibu sebagai suri rumah dan adik-adik masih bersekolah saya bersyukur Cagamas telah membantu saya sungguhpun dibadai ujian masa untuk fokus kepada pelajaran dan membantu ibu abah berniaga untuk meneruskan kehidupan. Biasiswa Cagamas telah membiayai yuran pengajian, buku-buku dan kelengkapan lain untuk sesi akademik pasca Covid 19. Lebih menerujakan, Cagamas Berhad juga membiayai plan prabayar internet dan pembelian gajet seperti komputer riba dan mesin cetak yang merupakan material penting untuk kelas atas talian. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kegusaran saya dan membantu saya untuk terus berjuang menggapai impian. Bukan sekadar itu, melalui program mentor mentee, Biasiswa Cagamas juga turut menitikberatkan soal kesihatan mental dan sokongan motivasi para penerima biasiswa. Alhamdulillah sehingga saya masih dapat mengekalkan kecemerlangan saya dalam jurusan perundangan. Saya juga sangat gembira saya dapat membantu ibu bapa saya dan meringankan beban mereka dengan elaun bulanan yang diberikan. Sebahagian elaun bulanan saya, saya berikan kepada ibu abah saya untuk membayar bil utiliti. Terima Kasih Cagamas. Akhir kalam, tatkala pandemik ini menguji segenap pelusuk dunia dan seisinya, marilah kita mengambil iktibar dan semangat dari firman Allah di dalam surah Ad Dhuha ayat ke 5 -Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. Teruskan berdoa dan berusaha mencapai kejayaan dan keberkatan!
Mohamad Hafiz Bin Mohd Zaki,
Mahasiswa Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.