Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (GPMS UIAM) ditubuhkan secara rasmi pada sekitar tahun 2002 dan 2003. Namun sebelum itu, GPMS UIAM juga sudah lama bertapak di UIAM Gombak di mana ketika itu Tuan Hj Zambri Isa dan Tuan Jais Abdul Karim antara pelopor awal yang memimpin GPMS UIAM. Semenjak penubuhan, GPMS UIAM telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin negara dan pelapis negara seperti Dato' Sri Reezal Merican. Berbanding kelab-kelab lain di UIAM, GPMS UIAM adalah yang kelab yang pertama ditubuhkan untuk memperjuangkan agenda pendidikan Melayu. Selepas 10 tahun, GPMS UIAM masih lagi menjadi juara dalam pendidikan Melayu dan mempunyai ahli lebih dari 200 orang walaupun terpaksa bersaing dengan hampir 50 kelab dan persatuan di UIAM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial rasmi GPMS UIAM